46 masjid terima sumbangan

46 masjid terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sebanyak 46 buah masjid, surau-surau dan balai ibadat di seluruh negara hari ini menerima sumbangan kewangan berjumlah $42,900 keseluruhannya daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bagi mengadakan aktiviti di bulan Ramadan.

Penyampaian sumbangan berkenaan telah diadakan pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Kompleks Yayasan, di sini dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Turut hadir ialah penolong-penolong pengarah urusan Yayasan, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta para pegawai Yayasan.

Projek tahunan Yayasan dalam bidang agama ini merupakan salah satu usaha Yayasan dalam mentakmirkan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini.

Pengarah Urusan Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengadakan aktiviti di bulan Ramadan kepada salah seorang wakil masjid yang terpilih.
Pengarah Urusan Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengadakan aktiviti di bulan Ramadan kepada salah seorang wakil masjid yang terpilih.
Wakil masjid menerima sumbangan daripada tetamu kehormat selaku wakil pihak yayasan.
Wakil masjid menerima sumbangan daripada tetamu kehormat selaku wakil pihak yayasan.

Daripada jumlah masjid-masjid, surau dan balai ibadat yang menerima sumbangan itu, 17 buah adalah di Daerah Brunei dan Muara, 17 di Daerah Tutong, lima di Daerah Belait dan tujuh lagi di Daerah Temburong.

Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat Baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih Baginda kepada rakyat Baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.