46 PATI ditahan

46 PATI ditahan

SIBU, 8 Jun – Seramai 41 lelaki dan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam satu serbuan ke atas rumah kongsi di kawasan perumahan Desa Satria di Jalan Oya Lama di sini pagi tadi.

Serbuan pada 6.15 pagi itu dijalankan 51 anggota dan empat pegawai dari pelbagai cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Martin Khoo.

Pemeriksaan polis mendapati kesemua PATI dipercayai dari Indonesia itu tidak mempunyai sebarang dokumen bersama mereka.

Mereka dikatakan pekerja binaan bagi sebuah projek perumahan di Jalan Permai.

PATI terbabit kini ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di Balai Polis Sibu Jaya untuk tindakan lanjut. – Bernama