47 negara sertai Pameran Udara Paris

47 negara sertai Pameran Udara Paris

LE BOURGET, Perancis, 15 Jun (AFP) – Pameran udara terkenal di dunia dibuka hari ini berhampiran ibu negara Perancis dengan tumpuan khas pada isu hijau serta perang jualan di antara Airbus dan Boeing.

Presiden Francois Hollande dijangka merasmikan Pameran Udara Paris selama seminggu itu, yang dijangka menarik 315,000 pelawat dan 2,260 peserta pameran dari 47 negara. Syarikat Eropah Airbus mempunyai beberapa produk baru untuk dipamerkan, termasuk kapal terbang prototaip elektrik, E-Fan, dan helikopter awam yang lebih bersih dan senyap, H160.

Mereka mencerminkan tumpuan yang meningkat pada pembaharuan hijau yang dijangka menjadi tema pada pameran tahun ini sebelum persidangan iklim global yang sedang dianjurkan di tempat yang sama pada akhir tahun ini dan dengan industri udara komited menjadi neutral-karbon pada 2020.

Harga minyak yang meningkat merupakan pendorong besar. Janji Boeing bahawa pesawat akan datang, 737 MAX, akan menawarkan penjimatan minyak sebanyak 20 peratus bermakna ia telahpun mengumpul lebih daripada 2,700 tempahan, walaupun ia tidak akan dilancarkan sehingga tahun depan.

Para pengunjung mengambil peluang menyaksikan dari dekat di antara pesawat canggih yang dipamerkan sempena Pemeran Udara Paris di Le Bourget pada 15 Jun 2015. – AFP
Para pengunjung mengambil peluang menyaksikan dari dekat di antara pesawat canggih yang dipamerkan sempena Pemeran Udara Paris di Le Bourget pada 15 Jun 2015. – AFP