47 perwakilan pelajar KUPU SB dirai

47 perwakilan pelajar KUPU SB dirai

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 47 Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2015/2016 dan peserta tamat Kursus Kepimpinan Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017, Persatuan Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) diraikan dalam Majlis Kesyukuran kolej berkenaan hari ini.

Pada majlis itu, Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar telah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016 dan tamat kursus tersebut.

Kursus itu bermula pada 18 hingga 22 September 2016, di mana sepanjang kursus itu diadakan para peserta banyak mendapat manfaat terutama dalam mengukuhkan semangat kepimpinan melalui beberapa aktiviti.

Salah seorang peserta menerima sijil penghargaan mereka dari Pemangku Ra’es Dr. Haji Adanan.
Salah seorang peserta menerima sijil penghargaan mereka dari Pemangku Ra’es Dr. Haji Adanan.
ATAS & BAWAH: Antara Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2016/2017 membaca ikrar mereka di majlis itu.
ATAS & BAWAH: Antara Majlis Perwakilan Pelajar bagi Sesi 2016/2017 membaca ikrar mereka di majlis itu.

Majlis yang berlangsung di kolej berkenaan antara lain bertujuan untuk menjana kepelbagaian strategi pergurusan aktiviti pelajar yang menjurus kepada kesempurnaan dan kecemerlangan kerja dengan kualiti, kecekapan dan keberkesanan dalam organisasi di samping, mewujudkan mahasiswa yang berkerjasama dan bertoleransi dalam berpasukan dan bersatu padu dalam apa jua keadaan.

Selain melahirkan pemimpin yang berkeyakinan tinggi, dan berdaya tahan dari segi kerohanian, mentaliti dan fizikal yang berperanan penting untuk menggerakkan entiti yang di wujudkan.

Di majlis itu juga turut menyaksikan bacaan Ikrar Persatuan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar KUPU SB bagi sesi 2016/2017.