47 polis India dijatuhkan penjara seumur hidup

47 polis India dijatuhkan penjara seumur hidup

LUCKNOW, India, 5 April (AFP) – Sebuah mahkamah khas di India telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 47 anggota polis kerana membunuh sekumpulan penziarah Sikh pada 1991 yang mereka dakwa adalah militan, menurut pendakwa hari ini.

Para pegawai disabit bersalah kerana menembak mati penziarah yang cuba untuk mendapatkan promosi di negeri Uttar Pradesh yang pada masa itu dilanda oleh kegiatan militan Sikh, kata Press Trust of India.

Para pegawai menghentikan sebuah bas yang membawa rombongan dan keluarga mereka sebelum mengarahkan 11 daripadanya masuk ke kawasan hutan negeri utara dan melaksanakan pembunuhan, menurut pendakwa SC Jaiswal.

ARTIKEL YANG SAMA