48 murid khatam diraikan

48 murid khatam diraikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Seramai 48 murid Darjah 6 Sekolah Ugama Mabohai telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Kianggeh, Awang Naim bin Haji Kamis.

Majlis yang diadakan buat kali keenam itu bermula pada tahun 2010 bagi murid-murid Darjah 6 yang antara lain bertujuan bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dalam melahirkan rakyat celik Al-Quran.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu bacaan Al-Quran murid-murid dari segi bacaan, tajweed dan fasohah, di samping untuk menanamkan sifat cintakan Al-Quran dalam kalangan remaja dan menjadikannya pedoman hidup serta pegangan dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.
Gambar ramai tetamu kehormat bersama warga SU Mabohai dan murid-murid yang diraikan di majlis itu.
Gambar ramai tetamu kehormat bersama warga SU Mabohai dan murid-murid yang diraikan di majlis itu.

Guru Kanan, Ko-Kurikulum, sekolah itu, Awang Mohd Zulfikri bin Murah menyatakan sebelum majlis berkenaan berlangsung, murid-murid giat mengadakan latihan setiap hari minggu.

Acara seumpamanya merupakan aktiviti tahunan yang termasuk di dalam perancangan Unit Ko-Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

ARTIKEL YANG SAMA