48 murid terpilih sertai Skim Galakan Khatam Al-Quran

48 murid terpilih sertai Skim Galakan Khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Seramai 48 orang murid telah terpilih ke Peringkat Akhir Negara bagi Skim Galakan Khatam Al-Quran Di Bawah Umur 10 Tahun Bagi Sekolah-sekolah Ugama dan Arab ke-25 anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi tahun 1436H/2015M.

Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Tarbiyyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, dan hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah bersama suami, Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin dan cucunda Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah.

Antara murid yang telah menerima Hadiah Skim Galakan Khatam Al-Quran Umur 10 tahun ini ialah cucunda Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah bersama suami, Pengiran Haji Mo-hammad Hakimmuddin serta anakanda, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah dan Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin dan para tetamu serta pelajar yang lain. - Gambar Azrol Azmi
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah bersama suami, Pengiran Haji Mo-hammad Hakimmuddin serta anakanda, Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah dan Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah bergambar ramai bersama Yang Berhormat Pehin dan para tetamu serta pelajar yang lain. – Gambar Azrol Azmi

p04-2_20160119 p04-3_20160119 p04-4_20160119

Antara para murid yang menerima pada majlis tersebut.
Antara para murid yang menerima pada majlis tersebut.
Pengerusi Majlis semasa menyampaikan ucapan.
Pengerusi Majlis semasa menyampaikan ucapan.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

p04-8_20160119

Skim Galakan Khatam Al-Quran Di Bawah Umur 10 tahun Bagi Sekolah-sekolah Ugama dan Arab ke-25 Peringkat Akhir telah melahirkan lima orang murid yang mendapat penilaian sangat baik iaitu Dayang Azmina Nurul Halimah binti Abdul Halim dari Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SU YSHHB), Brunei 1, Dayang Nurjeehan Soleha binti Najihe juga dari SU YSHHB, Dayang Umiyatul Hadifah binti Merun @ Umie Hadifa dari Sekolah Ugama Penanjong Tutong, Dayang Siti Nurul Syafiqah Shahirah binti Haji Sufri dari Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Awang Aiman Faiq bin Abdul Aziz dari Sekolah Ugama Pelambayan.

Manakala itu, 39 orang murid mendapat penilaian baik dan empat orang murid mendapat penilaian memuaskan.

Sementara itu, sekolah yang mendapat terbaik dalam ujian tasmik Skim Galakan Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun bagi tahun ini ialah SU YSHHB.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Hajah Rusita binti Haji Yahya ketika menyampaikan ucapan selaku pengerusi majlis berkata bahawa majlis petang ini merupakan projek tahunan Jabatan Pengajian Islam melalui Bahagian Kokurikulum yang telah dilaksanakan sejak tahun 1991.

Antara tujuan Skim Galakan Khatam Al-Quran ini untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mempelajari dan mengkhatamkan Al-Quran sebelum mencapai usia 10 tahun di samping menggalakkan dan membiasakan mereka agar sentiasa berdamping dengan Al-Quran.

Selain itu, untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan berterusan dalam kehidupan murid-murid.

Menurut beliau lagi, sesi tasmik bacaan Al-Quran telah diadakan selama tiga hari pada 19, 21 dan 23 November yang lalu di mana para peserta telah ditasmik dan dinilai dari segi suara/lagu, fasih/lancar dan tertib.

Sejak tahun 1991, jelasnya, skim ini telah berjaya melahirkan 1,043 orang murid yang khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun yang terpilih ke peringkat akhir. “Insya Allah, Jabatan Pengajian Islam akan terus berusaha dan bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat dari semasa ke semasa untuk mendukung hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya rakyat negara ini celik Al-Quran dan untuk merealisasikan hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.”

ARTIKEL YANG SAMA