48 pelajar diraikan dalam majlis khatam

48 pelajar diraikan dalam majlis khatam

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Seramai 48 orang pelajar Darjah 6 gabungan dari Sekolah Ugama Pulaie dan Sekolah Ugama Sekolah Sukan kelmarin telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Sekolah Ugama Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Haji Amin bin Haji Awang Tengah, yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, disusuli dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan dikir daripada pelajar lelaki.

Antara pelajar Darjah 6 yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran.
Antara pelajar Darjah 6 yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran.

Acara kemudian diserikan dengan majlis merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis, para jemputan dan ibu bapa.

Majlis khatam ini adalah bertujuan untuk memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping untuk memastikan bahawa pelajar yang menyertai khatam benar-benar telah menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA