48 sertai cabaran Dualthon

48 sertai cabaran Dualthon

Oleh YUSS HJ

 

TUTONG, 22 Feb – Team 6 yang terdiri daripada Awang Ali bin Mustapa, Awang Jeff, Awang Amir dan Awang Mijan muncul menjadi johan dalam Cabaran Dualthon Bukit Ambok 2016 yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong/Bukit Ambok Tutong, kelmarin.

Cabaran yang disertai oleh seramai 48 orang itu dibahagikan kepada 16 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi empat peserta.

Dua kategori dibukakan iaitu kategori bagi 4km dan 3 Km.

Gambar ramai bersama para pemenang semasa perlumbaan tersebut.
Gambar ramai bersama para pemenang semasa perlumbaan tersebut.

Sementara itu naib johan pula disandang oleh Team 7 yang terdiri daripada Awang Eddy, Awang Zakaria, Awang Muiz dan Awang Ben. Manakala Team 4 yang terdiri daripada Awang Al-Waie (C), Awang Boy Warder, Awang Hanif dan Awang Nimu pula menduduki di tempat ketiga.

Perlumbaan yang dianjurkan oleh Tutong Mountain Bike Community tersebut merupakan perlumbaan pertama dalam kalendar perlumbaan MTB Bukit Ambok sebagai pembuka tirai kempen perlumbaan 2016.

ARTIKEL YANG SAMA