48 tin minuman keras ditemui

48 tin minuman keras ditemui

Oleh Anwar Rosly

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Rondaan mencegah jenayah gabungan anggota Balai Polis Sungai Liang bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Mukim Liang Lumut, malam tadi, telah menemui 48 tin minuman keras dalam sebuah kereta yang ditahan di Kampung Sungai Kayu Ara, Lumut.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam rondaan kira-kira 10 malam, mereka terlihat sebuah kenderaan yang mencurigakan di kawasan pembuangan sampah dan mendapati pemandu lelaki berusia 46 tahun serta penumpang perempuan berusia 37 dalam keadaan yang mencurigakan dalam kereta berkenaan.

Setelah diperiksa, anggota polis menemui barang-barang tegahan kastam berkenaan dalam bonet kereta berkenaan.

Pemandu dan penumpang berkenaan berserta kenderaan dan minuman keras yang dijumpai telah dibawa ke Balai Polis Sungai Liang untuk siasatan lanjut. Kes telah diserahkan ke Jabatan Kastam untuk tindakan selanjutnya.

Minuman keras yang ditemui semasa operasi tersebut.
Minuman keras yang ditemui semasa operasi tersebut.

Operasi di kawasan Kampung Sungai Liang dan Lumut, yang bermula 10 malam hingga 3:20 pagi itu, telah melibatkan seramai lapan orang anggota polis dan tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 1, empat orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lumut 2 serta dua orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Liang.

Mengetuai operasi itu ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Sofian bin Haji Kifli dan turut disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad yang juga Ketua Kampung Lumut 1, Penghulu Mukim Liang, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Ketua Kampung Lumut 2, Haji Abdul Rahman bin Hassim.

ARTIKEL YANG SAMA