4FINGERS buka cawangan pertama di Kuala Lumpur

4FINGERS buka cawangan pertama di Kuala Lumpur

SINGAPURA, 19 Nov (Agensi) – 4FINGERS Crispy Chicken dijangka membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, 4FINGERS berkata ia kini bertapak kukuh di Singapura serta rantau ini, termasuk Malaysia.

“Menjelang 2018, peminat rangkaian restoran makanan segera ini akan menyaksikan pembukaan sebanyak 20 cawangan di Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh tiga bulan sahaja, 4FINGERS sudah membuka dua cawangan di Jurong Point dan Orchard Gateway, di sini yang menjadikan sejumlah tujuh cawangan di Singapura, setakat ini.

pg18_151120_c

“Dalam tempoh dua tahun sebelum ini, 4FINGERS cuma ada sebuah cawangan di ION Orchard.

“Prestasi dan pertumbuhan pesat cawangan restoran baharu ini dipacu peningkatan permintaan pengguna bagi mendapatkan pilihan makanan yang lebih baik.

“Ini turut menjadikan 4FINGERS satu kejayaan bermakna bagi syarikat yang bertapak di Singapura sejak pembukaan cawangan pertama di ION Orchard pada November 2009,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA