5 ahli keluarga terkorban dalam kebakaran

5 ahli keluarga terkorban dalam kebakaran

HANOI, 11 Jun (dpa) – Lima ahli keluarga, termasuk pasangan muda dan anaknya, terkorban pagi ini dalam kejadian kebakaran rumah di Hanoi, laporan mengatakan.

Para saksi memberitahu api merebak dengan cepat, dan rumah yang terlibat terletak di kawasan sempit menyukarkan kerja anggota bomba untuk memadamkan api.

Pihak berkuasa menyiasat punca kejadian kebakaran. Seorang saksi mengatakan api berkemungkinan berpunca daripada kotak elektrik di depan rumah.

ARTIKEL YANG SAMA