5 anggota polis maut di sempadan Kosovo

5 anggota polis maut di sempadan Kosovo

KUMANOVO, Macedonia, 10 Mei (AFP) – Macedonia, yang dilanda krisis politik teruk, semakin meruncing semalam apabila lima anggota polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang turut menyaksikan sejumlah anggota mereka turut terbunuh.

“Lima anggota polis terbunuh dalam pertempuran dengan ‘pengganas’ dan kira-kira 30 orang cedera di bandar utara Kumanovo,’ Menteri Dalam Negeri Gordana Jankuloska memberitahu wartawan.

“Terdapat kematian di kalangan para pengganas tetapi buat masa ini kami tidak dapat memberikan jumlah yang sebenar,” tambahnya.

Sementara itu, akhbar-akhbar tempatan dalam bahasa Albania melaporkan bahawa lima anggota kumpulan bersenjata terbunuh di Kumanavo.

Terdahulunya polis berkata kumpulan bersenjata tersebut memasuki Macedonia secara haram dari negara jiran, tanpa memberikan maklumat lanjut. Media tempatan menyatakan mereka datang dari kawasan jiran di Kosovo, yang didiami kebanyakannya oleh etnik Albania.

Anggota polis membantu seorang wanita warga emas ketika operasi pemindahan dari zin konflik di bandar Kumanovo di utara Macedonian pada 10 Mei 2015. – AFP
Anggota polis membantu seorang wanita warga emas ketika operasi pemindahan dari zin konflik di bandar Kumanovo di utara Macedonian pada 10 Mei 2015. – AFP

Pertempuran meletus dalam serangan awal pagi oleh polis sementara media setempat berkata operasi polis, yang masih berterusan sehingga lewat semalam, menyasarkan etnik Albanian di sebahagian bandar tersebut.

Jankuloska berkata lelaki bersenjata tersebut merancang untuk menyerang institusi-institusi kerajaan.

Kumpulan bersenjata terbabit dilengkapi senjata dan mempunyai para penyokong di Kumavo, menurut polis terdahulunya.

Pemberontak etnik Macedonia di Albania melancarkan pemberontakan di negara Balkan itu pada 2001.