5 askar korban nahas helikopter

5 askar korban nahas helikopter

BANGKOK, 15 Ogos – Lima askar termasuk seorang komander tentera serantau telah terbunuh dalam nahas helikopter di utara Thailand, menurut pihak tentera hari ini, sehari selepas helikopter itu hilang semasa cuaca buruk.

Helikopter UH-72 putus hubungan kelmarin ketika pulang dari daerah Pai di kawasan pergunungan barat laut tempat ia telah melancarkan operasi bantuan banjir, kata jurucakap junta, Kolonel Winthai Suvaree.

Barat laut mengalami banjir kilat yang disebabkan oleh hujan lebat.

Mejar Jeneral Nopporn Ruanchan, komander Divisyen Infantri ke-4 askar, berada di dalam helikopter berkenaan bersama dua juruterbang dan dua jurutera.

Semua terbunuh dalam nahas tersebut, kata Winthai.

Helikopter itu terhempas berhampiran bandar Chiang Mai, dekat dengan puncak tertinggi Thailand – sebuah rantau yang sukar untuk diakses. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA