5 badan amal terima sumbangan Bank Baiduri

5 badan amal terima sumbangan Bank Baiduri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Lima Pertubuhan Amal terdiri daripada Persatuan Learning Ladder, Pusat Pembangunan Kanak-kanak, Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam dan SMARTER Brunei telah menerima sumbangan derma daripada Baiduri Bank hasil kutipan Kejohanan Golf Amal Baiduri Masters Ke-20 tahun 2015 yang berjaya mengutip B$80,000.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Baiduri Bank, Pierre Imhof dalam Majlis Makan Malam penyampaian hadiah Kejohanan Baiduri Masters ke-20 yang berlangsung di Dewan Indah, Kelab Rekreasi Diraja Brunei malam ini.

pg03_150511_b

Pierre Imhof bergambar ramai bersama dengan para penerima sumbangan Baiduri Bank hasil daripada kutipan Kehohanan Golf Amal Baiduri Masters.
Pierre Imhof bergambar ramai bersama dengan para penerima sumbangan Baiduri Bank hasil daripada kutipan Kehohanan Golf Amal Baiduri Masters.

ARTIKEL YANG SAMA