5 bertuah dipilih Hua Ho Raya Supermarket Rush

5 bertuah dipilih Hua Ho Raya Supermarket Rush

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Seramai lima pelanggan Standard Chartered Bank (SCB) yang dipilih secara rambang telah diberi peluang menyertai acara Hua Ho Raya Supermarket Rush yang berlangsung di Pasar Raya Hua Ho Manggis Mall, hari ini.

Para pelanggan bertuah itu ialah Dayang Norfazillahwati binti Haji Taib, Tew King Piaw, Awang Shamsul Bahir bin Haji Kamis, Chieng Hock Hee dan Haji Mohammed Azmin bin Haji Nohi.

Dalam acara berkenaan, kelima-limanya yang merupakan pemegang kad Hua Ho MasterCard, telah diberikan masa dua minit untuk mengambil barangan beli-belah yang terdapat di pasar raya tersebut dengan nilai terkumpul sebanyak $500.

Mereka yang terpilih itu merupakan kalangan pelanggan yang menyertai Promosi Hua Ho Supermarket Rush bermula 13 hingga 31 Julai lalu yang berbelanja menggunakan kad Hua Ho MasterCard.

Cheok Fui Say bersama pelanggan dengan barangan yang berjaya dibawa pulang.
Cheok Fui Say bersama pelanggan dengan barangan yang berjaya dibawa pulang.
Antara aksi pelanggan dalam Hua Ho Raya Supermarket Rush.
Antara aksi pelanggan dalam Hua Ho Raya Supermarket Rush.

Di samping itu, bank berkenaan juga memberikan hadiah berupa baucar bernilai $50 dan $100 bagi pelanggan terpilih yang berbelanja sebanyak $500 hingga $1, 500.

Hadir sama menyaksikan acara perlumbaan tersebut ialah Ketua Produk Runcit bank berkenaan, Cheok Fui Say.

Promosi itu turut disertai Pasar Raya Hua Ho cawangan Manggis, Sengkurong, Tanjung Bunut dan Yayasan.

ARTIKEL YANG SAMA