5 cedera, bangunan kediaman dilanda kebakaran

5 cedera, bangunan kediaman dilanda kebakaran

DUBAI, 29 Mac (Reuters) – Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di sebuah menara kediaman di Ajman di Amiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pertahanan awam bandar hari ini, siri kebakaran terbaru dalam bangunan bertingkat tinggi di negara itu.

Media tempatan mengatakan lima orang telah dirawat serta-merta atas kecederaan dari kebakaran yang meletus lewat tengah malam kelmarin di Ajman One, sebuah kluster kediaman 12 menara. Kebakaran itu telah meranapkan kira-kira dua menara.

Penghuni menara berkenaan telah dipindahkan dan punca kebakaran masih belum diketahui.

“Pasukan pertahanan awam telah berjaya mengawal kebakaran di menara kediaman itu dan mereka masih berada di tempat kejadian melancarkan operasi penyejukan,” menurut pertahanan awam dalam mesej akaun Twitternya. Pertahanan awam tidak menyatakan sebarang korban jiwa daripada kebakaran itu.

Orang ramai berkumpul selepas kebakaran meletus di sebuah menara kediaman di Ajman, UAE pada 28 Mac. – Reuters
Orang ramai berkumpul selepas kebakaran meletus di sebuah menara kediaman di Ajman, UAE pada 28 Mac. – Reuters

Sebuah video yang disiarkan online oleh polis menunjukkan serpihan terbakar berguguran daripada bangunan itu, ketika polis menutup jalan menuju ke tempat tersebut.

Ia adalah kebakaran besar keempat yang melanda bangunan tinggi di UAE dalam masa tiga tahun.

Menjelang Tahun Baru pada tahun lepas, sebuah hotel perbandaran di Dubai telah dilanda kebakaran; dalam bulan Februari tahun lepas juga, kebakaran meletus di hotel 79 tingkat di Dubai, dan pada November 2012, bangunan kediaman Dubai 34 tingkat juga sebahagiannya musnah dijilat api.

Dalam beberapa kes berkenaan, pakar mengatakan kebakaran merebak dengan cepat berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan pelapisan mudah terbakar pada luar bangunan bagi dekorasi atau berpunca daripada penebatan.