5 cedera dalam festival perlumbaan lembu

5 cedera dalam festival perlumbaan lembu

PAMPLONA, Sepanyol, 9 Julai (Agensi) – Lima orang telah cedera ketika ribuan orang menyertai perlumbaan bersama enam ekor lembu di festival larian lembu kali ketiga Pamplona San Fermin.

Ketua Hospital Navarra Dr. Javier Sesma berkata kelima-lima orang tersebut dirawat kesan lebam tetapi tiada yang ditanduk pada larian awal pagi ini.

Seorang warga Australia ditanduk kelmarin dan dua lagi warga Amerika dan seorang Britain juga ditanduk pada perlumbaan pertama hari Selasa.

Larian yang disiarkan melalui televisyen tempatan itu melihatkan orang ramai berlumba dengan enam ekor lembu, seekor dijangka beratnya dalam 500 kilogram, di kawasan laluan sempit sepanjang 850 meter bermula dari sebuah kandang menuju ke gelanggang lembu bandar tersebut. Perlumbaan hari ini berlangsung selama dua minit 27 saat.

Festival selama sembilan hari itu diabadikan dalam novel Ernest Hemingway 1926 “Thes Sun Also Rises” dan menarik ribuan pelancong asing.

ARTIKEL YANG SAMA