5 cedera dalam kebakaran kilang penapisan minyak Pemex

5 cedera dalam kebakaran kilang penapisan minyak Pemex

BANDAR MEXICO, 11 Dis (Reuters) – Lima pekerja cedera apabila kebakaran meletus di kilang penapisan minyak Lazaro Cardenas di Minatitlan di pantai Teluk Mexico, Veracruz, menurut syarikat minyak dan gas negara, Pemex, kelmarin.

Pemex dalam kenyataannya mengatakan kebakaran itu berlaku di kilang pemangkinan yang telah ditutup bagi penyelenggaraan, berjaya dipadamkan. Sebahagian kilang itu beroperasi secara normal, katanya.

Empat pekerja mengalami kebakaran dan dibawa ke sebuah hospital tempatan, kata Pemex. Seorang pekerja lagi jatuh ketika dia mengoperasi hos bomba semasa hendak memadamkan kebakaran tersebut.

Kapasiti kilang penapisan Minatitlan telah dipertingkatkan kepada 246,000 tong sehari pada 2012.

Kemudahan itu juga dilanda kebakaran awal September.