5 cedera dalam serangan di Selatan Thailand

5 cedera dalam serangan di Selatan Thailand

BANGKOK, 6 Jun – Lima orang, termasuk seorang pegawai polis, cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di luar sebuah kedai runcit di wilayah Pattani, Thailand pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan Bangkok Post.

Pegawai itu ditembak di bahagian perut manakala yang lain, semua orang awam, ditembak di kaki, lapor Bangkok Post.

Polis tempatan dimaklumkan mengenai serangan itu pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA