5 cedera serangan bom di Afghanistan

5 cedera serangan bom di Afghanistan

MAIMANA, Afghanistan, 19 Mei (Xinhua) – Sekurang-kurangnya lima orang awam cedera dalam serangan bom di utara bandar Maimana, Afghanistan, pagi hari ini, kata seorang polis tempatan.

Serangan itu berlaku pada kira-kira 10:15 pagi waktu tempatan (0545 GMT) di Turbat Baba, kawasan yang sesak Maimana, ibu negeri wilayah utara Faryab.

“Letupan itu tercetus oleh suatu peranti letupan (IED) yang dipasang pada basikal. Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan dan bilangan mangsa mungkin akan meningkat,” kata pegawai polis.

Tentera kerajaan telah mengepung kawasan itu tidak lama selepas kejadian letupan itu, dan orang ramai berkumpul di tempat kejadian kerana bimbang akan ada letupan kedua.

ARTIKEL YANG SAMA