5 dicekup masuk secara haram

5 dicekup masuk secara haram

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Lima orang lelaki, termasuk dua warga tempatan, dua warga asing dan seorang penduduk tetap telah ditangkap apabila didapati masuk ke Brunei dari Malaysia tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kesemua mereka ditangkap dalam dua kes berasingan semasa anggota peronda Pasukan Simpanan Kompeni C menjalankan Operasi Langkah di kawasan Kampung Bebuloh, tengah malam tadi.

Dalam satu kes, dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 21 dan 22 tahun telah ditahan pada pukul 11:35 malam dengan salah seorang daripada mereka membawa enam tin minuman keras dan seorang lagi membawa enam tin minuman keras dan satu bungkus rokok yang belum dibuka.

Sementara itu, dua warga asing masing-masing berusia 34 dan 35 tahun serta seorang penduduk tetap berusia 40 pula ditangkap pukul 11:45 tengah malam.

Antara mereka yang dicekup semasa memasuki Brunei tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen.
Antara mereka yang dicekup semasa memasuki Brunei tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen.