5 diculik Abu Sayyaf

5 diculik Abu Sayyaf

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Lima rakyat Malaysia yang hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, Sabah tiga hari lepas disahkan menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Filipina.

“Saya sahkan mereka diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf dan setakat ini tiada sebarang tuntutan wang tebusan yang diterima daripada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita.

Beliau menutup program Trim & Fit 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Lahad Datu itu Isnin lalu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA