5 didakwa berhubung serangan lori Perancis

5 didakwa berhubung serangan lori Perancis

PARIS, 22 Julai – Lima orang suspek telah didakwa secara rasmi didakwa berhubung serangan lori di bandar Nice, French Riveria, yang mengorbankan 84 orang, menurut pihak pendakwa Paris semalam.

Mohamed Lahouaiej Bouhlel, yang memberondong habis orang ramai yang menyaksikan persembahan bunga api pada hari Bastille, telah lama merancang pembunuhan beramai-ramai itu, menurut pihak pendakwa Francois Molins.

Pendedahan itu dibuat ketika kerajaan Perancis terus dibelenggu persoalan tentang kemungkinan kegagalan kawalan keselamatan, yang mengakibatkan pihak berkuasa melancarkan penyiasatan ke atas kemungkinan kesilapan itu.

Molins berkata gambar-gambar yang ada pada telefon Bouhlel menunjukkan dia mungkin telah menyasarkan acara 14 Julai 2015.

Juga timbul ialah, salah seorang dari lima suspek yang dalam tahanan, iaitu seorang warga Tunis, Mohamed Oualid G telah merakamkan adegan itu sehari selepas pembunuhan beramai-ramai itu ketika dia merangkak bersama paramedik dan wartawan.

Gambar yang diambil pada 21 Julai, menunjukkan senarai nama mangsa serangan trak baru-baru ini yang diletakkan di pintu masuk dewan bandar di Nice. – AFP
Gambar yang diambil pada 21 Julai, menunjukkan senarai nama mangsa serangan trak baru-baru ini yang diletakkan di pintu masuk dewan bandar di Nice. – AFP

Kelima-lima mereka telah dihadapkan ke hadapan hakim anti pengganasan lewat semalam dan didakwa.

Mereka ialah Ramzi A, 22 tahun berketurunan Perancis-Tunis, Chokri C, 37 tahun berasal dari Tunis, Mohamed Oualid, 40 tahun berasal dari Tunis, warga Albania Artan H, 38 tahun, dan isterinya Enkeledja Z yang memegang kewarganegaraan Perancis dan Albania.

Tidak seorang pun dikenali oleh perkhidmatan perisikan, dan hanya Ramzi A yang dilahirkan di Nice, mempunyai rekod jenayah, kerana kesalahan merompak dan dadah.

Dia membawa polis untuk menemukan senapang Kalashnikov dan satu beg peluru semalam, bagaimanapun tujuan senjata itu tidak jelas.

Ramzi, Chokri dan Oualid didakwa kerana bersubahat dengan pembunuhan oleh kumpulan pengganas.

Ramzi dan pasangan suami isteri dari Albania itu berdepan tuduhan kedua, iaitu melanggar undang-undang berhubung senjata api dalam kaitan jenayah pengganas. Mereka dituduh membekalkan Bouhlel dengan senapang yang digunakannya untuk melepaskan tembakan ke arah para pegawai polis sebelum dia ditembak mati. – AFP