5 ditahan pamer bendera IS

5 ditahan pamer bendera IS

BRUSSELS, 30 Ogos (dpa) – Lima seniman ditahan lewat Jumaat selepas mengibarkan bendera hitam dengan inskripsi dalam Bahasa Arab – yang serupa dengan kumpulan pelampau Islamic State (IS) – berhampiran Manneken Pis, arca budak lelaki yang terkenal di Brussels, lapor media tempatan.

Belgium sedang berwaspada setelah terbabit dalam beberapa insiden pengganas tahun ini, yang terbaru serangan gagal ke atas kereta api Thalys berkelajuan tinggi menyeberangi negara itu menuju ke Paris, awal bulan ini.

Lima lelaki itu telah menunjukkan bendera ‘menyerupai atau sama’ dengan IS, menurut pendakwaan Brussels, menurut agensi berita Belga.

Apabila disiasat, lelaki berkenaan mengatakan mereka adalah seniman dan tidak berniat untuk mengganas.

“Di pihak lain, tujuan mereka adalah untuk menjalankan tindakan olok-olok untuk menjelaskan kepada orang ramai agar tidak meniru perbuatan ancaman pengganas,” jurucakap pendakwa, Jennifer Vanderputten memberitahu radio RTBF. Rakaman video menjelaskan versi mereka mengenai acara itu.

Lima lelaki tersebut, yang tinggal di Belgium, tidak dikenali oleh polis, kemudiannya dibebaskan.