5 hari tidak sedar ditembak

5 hari tidak sedar ditembak

TALLAHASSEE, 13 Julai (Agensi) – Seorang wanita terkejut selepas doktor mengeluarkan peluru pada kakinya, lima hari selepas dia ditembak.

Heather Charlebois yang tidak menyedari dia ditembak pergi ke hospital selepas merasa sakit di kaki.

Selepas membuat pemeriksaan, Heather terkejut apabila doktor menemui peluru bersaiz 0.38 milimeter pada kakinya.

Heather memberitahu ketika kejadian dia minum di sebuah kafe pada 4 Julai lalu untuk menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Katanya, ketika berada di kafe itu, kakinya tiba-tiba sakit tetapi menyangka ia berpunca daripada percikan bunga api.

Sebaik pulang ke rumah dia dapati luka yang dialaminya tidak serius dan hanya berdarah sedikit.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari kakinya mula sakit dan dia mengambil keputusan mendapatkan wawatan di hospital.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tembakan di lokasi berkenaan.

Polis percaya peluru itu mungkin ditembak ke udara dari jarak jauh sebelum jatuh dan terkena kaki Heather.

ARTIKEL YANG SAMA