5 kapal China di Laut Bering, Alaska

5 kapal China di Laut Bering, Alaska

WASHINGTON, 3 Sept (Reuters) – Lima buah kapal tentera laut China belayar di perairan antarabangsa di Laut Bering di luar Alaska, menurut Pentagon, yang jelasnya pertama kali bagi ketenteraan China ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama melawat negeri AS itu.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis berkata itu adalah kali pertama AS melihat kapal tentera laut China di Laut Bering.

Davis berkata “Kami menghormati kebebasan semua negara untuk menjalankan operasi kapal tentera di perairan antarabangsa mengikut peraturan undang-undang.”

Kementerian Pertahanan China, dalam kenyataan ringkas yang dihantar kepada Reuters berkata kapal-kapal itu berada di Laut Bering sebagai sebahagian daripada latihan rutin setelah latihan dengan Rusia selesai.

“Ini adalah pengaturan rutin sebagai sebahagian rancangan tahunan, dan tidak bertujuan kepada mana-mana negara atau matlamat,” katanya, tanpa memberi butiran lain.

Presiden AS, Barack Obama ketika singgah sebentar di kedai aiskrim Sweet Darlings di Seward, Alaska. – AFP
Presiden AS, Barack Obama ketika singgah sebentar di kedai aiskrim Sweet Darlings di Seward, Alaska. – AFP

Kemunculan kapal itu adalah contoh jangkauan tentera laut China yang meluas dan bertindan dengan lawatan tiga hari Obama ke Alaska sebagai sebahagian usaha beliau untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim.

Dua pegawai pertahanan AS yang merahsiakan identiti mereka, berkata AS telah mengenal pasti kapal amfibia China, kapal pengisian semula dan tiga kapal gempur permukaan.

Tidak ada kapal itu yang bertindak dalam cara yang tidak profesional atau menyalahi undang-undang, menurut para pegawai, dengan menambah kata AS mengetahui kehadiran kapal-kapal itu beberapa hari kebelakangan ini.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest berkata tidak adalah kegiatan yang mengancam telah dikesan dan menambah kata Pentagon telah memantau pergerakan kapal itu ‘tetapi niatnya masih tidak jelas’.

China telah menambah perbelanjaan pertahanan untuk memodenkan pasukannya dan mahu mengembangkan tentera laut ‘air biru’ untuk mempertahankan kepentingannya yang semakin meningkat sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.

ARTIKEL YANG SAMA