5 kelab Ligue 1 buru tempat Liga Juara Juara

5 kelab Ligue 1 buru tempat Liga Juara Juara

PARIS, 29 April – Ketika Paris Saint-Germain (PSG) sudah lama mengesahkan gelaran Ligue 1, pertarungan untuk layak ke Liga Juara-Juara bagi pasukan di bawah mereka hanya boleh dimuktamadkan pada minggu terakhir musim di Perancis.

Hanya dua mata memisahkan Lyon di tangga kedua dengan Saint-Etienne di tangga kelima berbaki tiga perlawanan, termasuk jadual perlawanan penting esok.

Lyon berkedudukan kedua di depan Monaco berdasarkan perbezaan gol dengan Nice dan Saint-Etienne masing-masing dua mata di belakang.

Hanya pasukan kedua layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan dengan pasukan tangga ketiga berdepan kelayakan pusingan ketiga pada lewat Julai.

Monaco terdesak untuk mengelak nasib serupa apabila tewas kepada Valencia dalam play-off Liga Juara-Juara musim ini, namun prestasi mereka menurun sejak kebelakangan ini.

Para pemain PSG meraikan kejayaan merangkul Piala Liga Perancis selepas menewaskan Lille di Stade de France di Saint-Denis, utara Paris pada 23 April lalu. – AFP
Para pemain PSG meraikan kejayaan merangkul Piala Liga Perancis selepas menewaskan Lille di Stade de France di Saint-Denis, utara Paris pada 23 April lalu. – AFP

Skuad kendalian Leonardo Jardim hanya menang dua daripada lapan perlawanan terakhir, membenarkan Lyon mengejar kedudukan hasil enam kemenangan dan dua seri dalam tempoh yang sama.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam satu lagi perlawanan utama pada minggu ini tetapi Monaco terlebih dulu melayan Guingamp di Stade Louis II awal pagi Ahad sejurus sebelum Lyon menentang pasukan di ambang penyingkiran Gazelec Ajaccio.

“Ia perlawanan yang penting, seperti separuh akhir. Ada sesuatu yang perlu untuk direbut Lyon hanya jika kami menang berdepan Guingamp,” kata jurulatih Monaco, Jardim, dengan skuadnya seri 1-1 di Rennes minggu lalu.

“Tanggapan Olympique Lyon adalah pilihan kini tiada makna. Ada empat pasukan bertarung untuk kedudukan kedua dan semua pasukan akan berusaha untuk mendapatkannya.” – AFP