5 keluarga terima sumbangan

5 keluarga terima sumbangan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Jun –Sebanyak lima buah keluarga yang terpilih di Daerah Tutong telah menerima sumbangan berupa keperluan harian dan pakaian yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Radio, Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Projek Jalinan Kasih ke-8, hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pengarah RTB, Haji Suffian bin Haji Bungsu. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Rancangan Radio, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud.

Sumbangan berupa keperluan harian dan pakaian telah diagihkan kepada beberapa keluarga yang berhak menerima yang tinggal meliputi kawasan Kampung Telisai, Kampung Kiudang Mungkom dan Kampung Kebia di Jalan Lamunin Tutong itu adalah salah satu usaha bagi mendekati masyarakat dengan pelbagai peringkat dan latar belakang kehidupan dalam projek Jalinan Kasih.

Projek ini merupakan sebuah rancangan terbitan Perkhidmatan Radio Brunei pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini, yang telahpun mendapat sokongan daripada beberapa individu dan agensi swasta.

Haji Mohd Suffian menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan Kampung Telisai, kelmarin.
Haji Mohd Suffian menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan Kampung Telisai, kelmarin.

pg04_160617_a

Rancangan yang diterbitkan sejak tahun 2009 tersebut itu telah dan akan mendekati beberapa orang anak-anak yatim, warga emas, orang berkeperluan khas, saudara baru dan mereka yang kurang berkemampuan menerusi rancangan yang dikendalikan oleh beberapa rangkaian radio.

Menurut Pasukan Penerbitan Jalinan Kasih, mereka akan bergerak di keempat-empat daerah di sepanjang bulan Ramadan ini bagi mengunjungi dan mengagihkan derma serta sumbangan kepada mereka yang terpilih. Selain menyampaikan sumbangan atau derma, acara berbuka puasa juga merupakan salah satu kegiatan Projek Jalinan Kasih yang akan/telah diadakan dengan beberapa kumpulan sasaran.

Turut hadir dalam sama-sama menjayakan Projek Jalinan Kasih di Daerah Tutong hari ini ialah ahli-ahli Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA).

ARTIKEL YANG SAMA