5 keluarga terima sumbangan Kelab OWL

5 keluarga terima sumbangan Kelab OWL

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Lima buah keluarga lagi terima bantuan yang berupa barangan keperluan asasi harian dan kewangan sumbangan Kelab Offroad With Limit (OWL) sempena bulan Ramadan ini, demi membantu mereka meraikan hari raya yang bakal tiba.

Seramai 18 ahli kelab telah berkumpul seawal 9 pagi di Masjid Kampong Belimbing Subuk yang dimulai dengan bacaan Al-Fatihah, Zikir, Selawat dan Doa Selamat sebelum memulakan perjalanan menuju ke rumah lima keluarga yang menerima bantuan.

Proses penyerahan bantuan adalah bermula dari sebuah keluarga di Kampong Belimbing Subuk, diikuti dengan Kampong Sungai Buluh, Kampong Perpindahan Lambak Kiri dan Kampong Pangkalan Batu.

“Kami mendapat maklumat mengenai keluarga-keluarga susah ini adalah berdasarkan informasi pihak JAPEM. Aktiviti sebegini memang setiap tahun kami adakan sewaktu bulan Ramadan,” ujar Awang Noorajimi bin Haji Awang Marani, salah seorang ahli Kelab OWL.

Ahli-ahli Kelab OWL yang sama-sama mengunjungi rumah keluarga yang memerlukan bantuan.
Ahli-ahli Kelab OWL yang sama-sama mengunjungi rumah keluarga yang memerlukan bantuan.

Keluarga-keluarga yang dibantu adalah terdiri daripada ibu tunggal, keluarga yang mempunyai ramai anak namun hanya bergantung kepada pencen tua, suami sakit, penghidap penyakit strok dan lain-lain masalah keluarga yang menyebabkan mereka mempunyai punca pendapatan yang terhad. Projek bantuan keluarga susah ini merupakan projek tahunan Kelab OWL yang dinamakan sebagai Projek Impian Murni OWL.

ARTIKEL YANG SAMA