5 kompaun dikeluarkan semasa Ops Sekatan

5 kompaun dikeluarkan semasa Ops Sekatan

TUTONG, 15 Dis – Dalam usaha untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas dan kemalangan di Daerah Tutong, Daerah Polis Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Operasi Sekatan Jalan Raya.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman, dalam kenyataannya memberitahu, lima kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik kereta semasa operasi dijalankan di hadapan Simpang 1718, Kampung Telisai.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

Anggota polis sedang memeriksa bonet salah sebuah kereta pada operasi tersebut.
Anggota polis sedang memeriksa bonet salah sebuah kereta pada operasi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA