5 lelaki didakwa mahu sertai IS

5 lelaki didakwa mahu sertai IS

SYDNEY, 15 Mei (Agensi) – Polis Australia telah mendakwa lima lelaki yang disyaki merancang berkunjung ke Syria untuk menyertai Islamic State (IS) menerusi satu perjalanan yang akan bermula dalam sebuah motobot kecil yang membawa mereka ke Indonesia dan Filipina.

Lelaki berkenaan, berusia di antara 21 dan 31 tahun, didakwa semalam dengan tuduhan bersedia memasuki sebuah negara asing “dengan tujuan membabitkan diri dalam kegiatan ganas,” satu kesalahan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Peguam Negara Australia George Brandis memberitahu wartawan hari ini “niat mereka untuk berkunjung ke Timur Tengah untuk melibatkan diri dalam perang pengganas sudah diketahui oleh pihak berkuasa,” dan pasport mereka telahpun dibatalkan sebelumnya.

Kelima-lima mereka, yang tidak dinamakan, ditahan pada Selasa setelah menunda motobot tujuh meter hampir 3,000 km dari Melbourne ke Cairns di utara negeri Queensland, kata polis.

Lelaki itu, ditahan sejak Selasa, akan hadir di mahkamah esok.

ARTIKEL YANG SAMA