5 lelaki didakwa pengganas akan dihukum

5 lelaki didakwa pengganas akan dihukum

SYDNEY, 16 Mei (Xinhua) – Pihak berkuasa Australia dijangka memohon penyerahan balik bagi lima lelaki yang didakwa dengan kesalahan pengganasan kerana disyaki merancang pergi ke Syria melalui Indonesia dan Filipina dengan menaiki bot menangkap ikan dari utara Australia selepas diberkas minggu lalu.

Lelaki-lelaki itu, kesemuanya berusia antara 21 dan 31 tahun berdepan mahkamah majistret Cairns hari ini, untuk berdepan penyerahan balik ke Melbourne bagi pendakwaan selepas didakwa membuat persiapan bagi serangan mendadak ke negara luar ‘bagi tujuan terlibat dengan kegiatan bermusuhan’ pada hujung minggu lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka, kesemuanya berasal dari Melbourne, berdepan hukuman maksimum hukuman penjara seumur hidup. Peguam Negara Australia George Brandis mengesahkan kepada para pemberita di Brisbane semalam bahawa pasport lelaki-lelaki itu telah dibatalkan beberapa bulan lalu apabila niat mereka untuk pergi ke Timur Tengah untuk terlibat dalam peperangan pengganas’ telah diketahui dan kemudian diletakkan di bawah pengawasan yang ditingkatkan.

“Apabila jelas bagi mereka bahawa mereka tidak dapat meninggalkan negara dengan cara ortodoks, mereka terus di bawah pengawasan supaya jika mereka cuba untuk meninggalkan negara dengan cara sangat luar biasa, mereka akan dapat ditahan dan mereka telah pun ditahan,” kata Brandis lagi.

Australia semakin bimbang mengenai penduduknya yang berjuang dengan pertubuhan-pertubuhan jihad seperti IS di Iraq dan Syria. – AFP
Australia semakin bimbang mengenai penduduknya yang berjuang dengan pertubuhan-pertubuhan jihad seperti IS di Iraq dan Syria. – AFP

Lelaki-lelaki itu telah diberkas selepas menunda bot menangkap ikan sepanjang tujuh meter dari Melbourne menuju Cairns di utara tropika negeri Queensland. Pihak berkuasa ingin mendakwa mereka di Melbourne kerana di situ mereka telah membeli bot menangkap ikan itu dan dikatakan merancang laluan mereka, ujar Brandis.

Meskipun Brandis dan pihak berkuasa Australia menekankan tidak ada ancaman kemungkinan serangan ganas pada masa ini atau akan berlaku. Dipercayai bahawa kira-kira 100 orang telah meninggalkan Australia menuju Syria untuk berjuang bersama-sama pertubuhan-pertubuhan seperti kumpulan Islam IS dan kebimbangan ialah pertempuran meningkat yang menguatkan para pengendali, boleh menarik serangan tempatan melalui perhubungan online.

ARTIKEL YANG SAMA