5 mati, lombong batu arang runtuh di Pakistan

5 mati, lombong batu arang runtuh di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 13 Mac (AFP) – Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh apabila sebuah lombong arang batu runtuh di barat laut Pakistan, kata para pegawai semalam, sementara dua lagi masih hilang.

Lebih daripada 30 pelombong terperangkap di pergunungan daerah puak Orakzai yang terpencil selepas runtuh di tengah-tengah hujan lebat pada hari Sabtu, menurut Zubair Khan, pegawai tinggi kerajaan di daerah ini.

“Pasukan penyelamat setakat ini membawa lima mayat manakala 26 selamat semasa operasi dijanlankan,” Khan memberitahu kepada AFP, sambil menambah bahawa 10 orang yang cedera kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Pada hari ini, kumpulan kecemasan telah bergelut untuk menyelamatkan dua pelombong yang hilang, yang mana menurut sumber berkata ia adalah tidak jelas sama ada mereka masih hidup ataupun tidak.

Paramedik Pakistan merawat mangsa yang cedera di sebuah hospital di Peshawar akibat runtuhan lombong arang batu. – AFP
Paramedik Pakistan merawat mangsa yang cedera di sebuah hospital di Peshawar akibat runtuhan lombong arang batu. – AFP

Satu kenyataan tentera yang dikeluarkan pada lewat Sabtu lalu berkata, lebih 100 tentera dari tentera dan separa tentera dari Angkatan Perubatan Tentera Diraja telah membantu mengendalikan jentera berat di kawasan tersebut dan menyediakan bantuan perubatan. Khan berkata operasi menyelamat sedang dijalankan hari ini walaupun menghadapi cuaca yang buruk.

“Hujan lebat adalah punca utama keruntuhan, akan tetapi pihak pengurusan lombong arang batu itu pada kebiasaannya mengabaikan tentang tahap keselamatan,” katanya.

Lombong-lombong yang terdapat di Pakistan mengalami tahap keselamatan yang lemah dan pengudaraan yang tidak baik.Sekurang-kurangnya 43 pekerja terbunuh pada Mac 2011 apabila letupan mencetuskan keruntuhan dalam lombong arang batu di wilayah barat daya Baluchistan, yang kaya dengan sumber asli gas, minyak dan mineral.

ARTIKEL YANG SAMA