5 maut, 50 cedera trem zoo berlanggar

5 maut, 50 cedera trem zoo berlanggar

BANGKOK, 5 Julai (dpa) – Dua trem berlanggar dan terbalik di Zoo Khon Kaen, Thailand, membunuh lima penumpang dan mencederakan lebih 50 yang lain, menurut polis tempatan hari ini.

Seorang budak kecil berusia dua tahun telah mati tertindih dan empat lagi semasa dalam perjalanan ke hospital.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan kedua-dua trem tergelincir ke jalan dan terbalik ke tepi.

Siasatan awal oleh polis mendapati pemecut salah satu trem tersekat.

Pemandu kemudian hilang kawalan kenderaan itu semasa menuruni bukit dan bertembung dengan trem di hadapannya.

Disebabkan rupa bumi berbukit-bukit di kawasan zoo itu, sebahagian besarnya seluas 3,000 ekar, maka para pengunjung biasanya mengambil trem atau menyewa kereta golf peribadi untuk meninjau sekitarnya.

Terletak 500km timur laut Bangkok, zoo itu menempatkan kebanyakan haiwan eksotik seperti harimau dan singa putih.