5 maut amukan tentera Filipina

5 maut amukan tentera Filipina

MANILA, 22 Okt – Seorang tentera Filipina melepaskan tembakan semasa sesi pembelajaran kitab di sebuah pangkalan tentera hari ini, membunuh lima rakannya sebelum askar-askar lain campur tangan dan menembaknya mati, menurut jurucakap tentera.

Sembilan yang lain juga cedera dalam amukan di kem tentera di selatan pulau Basilan, tempat lubuk kumpulan pelampau Islam, kata Kolonel Benjamin Hao.

Lelaki bersenjata itu yang dikenali hanya sebagai koperal dalam seksyen mortar, bukan anggota kumpulan pengkaji kitab, tambah Hao. – AFP