5 maut bas langgar tiang lampu

5 maut bas langgar tiang lampu

ATWATER, California, 3 Ogos – Lima orang maut dan sekurang-kurang 18 orang tercedera selepas sebuah bas yang dalam perjalanan menuju ke Oregan melanggar tiang lampu.

Salah seorang penumpang, Leonardo Sanchez yang ketika itu sedang tidur lena terkejut apabila beliau menyedari kejadian itu menimpa bas yang dinaikinya.

“Begitu banyak jeritan dan tangisan,” Sanchez memberitahu The Associated Press sejam selepas kemalangan itu berlaku semalam.

Dia berkata, hanya kira-kira lapan orang, termasuk dirinya, terlepas dari kejadian yang ngeri itu.

“Selebihnya, polis dan ambulans tiba untuk mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap,” katanya.

Pegawai California menyiasat tempat kejadian kemalangan bas charter di utara Highway 99 antara Atwater dan Livingston, Calif, semalam. – AP
Pegawai California menyiasat tempat kejadian kemalangan bas charter di utara Highway 99 antara Atwater dan Livingston, Calif, semalam. – AP

Pegawai County, Sheriff Vern Warnke berkata pasukan penyelamat mengeluarkan “beg daripada bahagian badan” dari bas bersama-sama dengan mangsa, sambil menambah bahawa sesetengah mangsa mengalami kecederaan teruk.

Daripada 18 yang cedera, tiga pada mulanya berada dalam keadaan kritikal kini mengalami kecederaan yang serius, kata pegawai.

Tiga lagi berada dalam keadaan yang lemah dan sebahagian lainnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Bas, yang dikendalikan oleh Autobuses Coordinados Amerika Syarikat, menuju ke negeri Washington di State Route 99. – AP

ARTIKEL YANG SAMA