5 maut helikopter terhempas di Syria

5 maut helikopter terhempas di Syria

ABEIRUT, 1 Ogos – Seramai lima orang yang berada di dalam sebuah helikopter tentera Rusia terbunuh hari ini selepas ditembak jatuh di Syria, dalam kejadian dahsyat bagi Moscow sejak ia terlibat dalam campur tangan dalam peperangan.

Serangan itu datang tatkala pejuang pembangkang Syria dan sekutu jihad mereka berjuang menghadapi tentera kerajaan di luar Aleppo dalam usaha untuk meringankan pengepungan rejim bahagian-bahagian yang dikuasai pemberontak di bandar utara.

Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan penembakan jatuh helikopter, yang dikatakan membawa tiga anak kapal dan dua pegawai.

“Helikopter pengangkut tentera Rusia Mi-8 ditembak jatuh selepas menghantar bantuan kemanusiaan ke Aleppo,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Rusia.

Kremlin berkata semua jeruterbang dan penumpang helikopter malang tersebut maut.

“Setakat yang kita tahu dari maklumat yang kami perolehi daripada Kementerian Pertahanan, orang-orang di dalam helikopter itu maut, ketika mereka cuba untuk mengerakkan pesawat dari terhempas di atas tanah,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan.

Ia tidak segera menjelaskan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Insiden itu adalah serangan tunggal paling dahsyat kepada kuasa Rusia di Syria sejak Moscow mula campur tangan untuk menyokong kerajaan Presiden Bashar al-Assad, September lalu.

Ia menjadikan jumlah anggota tentera Rusia terbunuh di Syria meningkat kepada 18 orang.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia, pemerhati yang berpangkalan di Britain, berkata helikopter terbang di sepanjang sempadan pentadbiran antara wilayah Idlib di barat laut dan jiran Aleppo. – AFP