5 maut hidu asap berbahaya

5 maut hidu asap berbahaya

LUDHIANA, India, 14 Jun (Agensi) – Lima orang maut dan lebih 100 yang lain dimasukkan ke hospital, setelah menghidu asap berbahaya dalam kebocoran kapal tangki gas amonia pada awal semalam di daerah berkenaan, menurut polis.

Kejadian tersebut berlaku apabila sebuah kapal tangki terkandas di bawah jejambat, di terusan di Jalan Pirau Doraha, kira-kira 25km dari sini, lapor akhbar Press Trust of India (PTI).

“Lima orang terkorban kerana menghidu gas tersebut dan lebih 100 yang lain mengadu mengalami masalah pernafasan.Mereka yang terjejas selepas menghidu gas telah dimasukkan ke beberapa hospital di Ludhiana.”

“Kecuali 2 hingga 3 orang, kesemua mereka dikatakan oleh doktor tidak berdepan risiko serius,” beritahu Pesuruhjaya Polis Ludhiana, Pramod Ban kepada PTI menerusi telefon.

Penduduk tempatan keluar dari rumah mereka, walaupun ketika gas daripada kapal tangki yang bocor tersebar di sekitar Doraha, kata polis, sambil menambah penduduk di kawasan sekitar terpaksa dipindahkan selepas kejadian itu.

ARTIKEL YANG SAMA