5 maut kemala...

5 maut kemalangan bas pelancong Portugis

LYON, 8 Jan – Lima orang terbunuh dan 27 yang lain cedera semalam apabila sebuah bas yang membawa pelancong Portugis terbabas di sebuah lebuh raya di tengah Perancis yang dikenali warga tempatan sebagai ‘jalan kematian’, kata pihak berkuasa.

Bas yang menampung 40 tempat duduk itu sedang dalam perjalanan ke Switzerland apabila insiden tersebut berlaku, kata laman web tempatan Creusot-Info.

Sebelum subuh, bas tersebut terlibat dalam kemalangan di luar Lebuh raya Eropah Tengah Atlantic di rantau Saone-et-Loire, yang melihat beberapa kemalangan dalam setahun, ramai daripada mereka maut.

Para anggota penyelamat ketika berada di kawasan nahas bas tersebut berhampiran Charolles, tengah Perancis kelmarin. – AFP
Para anggota penyelamat ketika berada di kawasan nahas bas tersebut berhampiran Charolles, tengah Perancis kelmarin. – AFP

Insiden kemalangan menunjukkan bahawa pemandu boleh hilang kawalan kenderaan disebabkan oleh keadaan ais di jalan raya.

Tatkala dilanda gelombang sejuk di kebanyakan kawasan negara Eropah, amaran cuaca telah dikeluarkan bagi tengah dan timur Perancis.

Pada Mac tahun lepas, seramai 12 penumpang Portugis maut apabila bas mini yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya yang sama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA