5 maut kilang kosmetik meletup

5 maut kilang kosmetik meletup

JAKARTA, 10 Julai (AFP) – Lima orang terbunuh dan hampir 50 lagi cedera hari ini dalam satu kebakaran besar di sebuah kilang kosmetik luar bandar Jakarta, Indonesia, menurut polis.

Kebakaran berlaku berikutan satu letupan semasa waktu bekerja di kilang itu, yang dilaporkan sebuah subsidiari pembuat kosmetik Jepun, Mandom Corp.

“Sekitar lima orang terbunuh dalam kebakaran, sementara 46 lagi cedera,” ketua polis Jakarta, Tito Karnavian memberitahu para wartawan.

Dikatakan lebih separuh daripada mangsa yang cedera itu telah mengalami cedera kebakaran kira-kira 70 peratus di badan mereka, tambahnya.

Polis telah menghantar pasukan forensik untuk menyiasat punca letupan.