5 maut lori minyak terbabas ke rumah

5 maut lori minyak terbabas ke rumah

MANILA, 31 Jan – Seramai lima orang terbunuh hari ini apabila sebuah lori tangki minyak yang tidak terkawal menghentam ke rumah-rumah di sepanjang lebuh raya di timur Filipina dan meletup, menurut polis.

Tangki minyak itu sedang melepasi selekoh tajam di lebuh raya di bandar Pinabacdao, 560km tenggara Manila, apabila pemandunya hilang kawalan ketika mengemudi sterengnya, kata Ketua Inspekstor, Maria Bella Rentuaya, seorang jurucakap polis serantau.

“Trak itu melencong ke tepi jalan raya, melanggar ke tiga buah rumah dan mengakibatkan letupan,” ujarnya.

Mangsa-mangsa yang terbakar hingga maut itu termasuk pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka berusia enam bulan, serta pemandu dan orang lain di dalam tangki minyak berkenaan, kata Rentuaya. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA