5 maut nahas kapal terbang Colombia

5 maut nahas kapal terbang Colombia

BOGOTA, 19 Okt – Sebuah pesawat kecil terhempas di Colombia membunuh lima orang dan membakar sebuah kedai roti, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu terhempas ke dalam kawasan kediaman di Bogota tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang di ibu negara Colombia itu.

Juruterbang dan tiga penumpang maut di tempat kejadian. Seorang terbunuh dalam kedai roti dan tujuh yang lain mengalami kecederaan akibat kebakaran, termasuk seorang gadis berusia 12 tahun, kata pegawai. Dua daripada mereka dibawa ke hospital yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Pesawat tersebut terbang ke bandar Guaymaral, 12 batu dari Bogota. Insiden itu merupakan kemalangan kali ketiga bagi pesawat kecil di Bogota dalam tempoh tiga bulan.

Tiga orang terbunuh pada Ogos lalu apabila pesawat terhempas di kawasan Cajica, sementara tiga lagi meninggal dunia pada Oktober lalu apabila kapal terbang terhempas di sebuah lebuh raya. – NNN

Pekerja penyelamat memeriksa tapak pesawat BEECH-CRAFT60 yang terhempas di kawasan kejiranan Engativa, Bogota, semalam. - AFP
Pekerja penyelamat memeriksa tapak pesawat BEECH-CRAFT60 yang terhempas di kawasan kejiranan Engativa, Bogota, semalam. – AFP