5 maut pesawat terhempas di lebuh raya

5 maut pesawat terhempas di lebuh raya

BANDAR MEXICO, 3 Jun (AFP) – Sebuah pesawat kecil terhempas ke atas sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Mexico semalam, mengorbankan lima orang yang berada di atas pesawat berkenaan.

Pesawat M7 Aerospace LP sedang menjalani ujian penerbangan apabila ia terhempas pada awal tengah hari di atas lebuh raya di antara ibu negara dan Queretaro, sekali gus memaksa sebahagian lebuh raya tersebut ditutup, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan.

Punca nahas yang berlaku sejurus selepas perlepasan dari lapangan terbang Queretaro, masih belum diketahui dan sedang disiasat, kata kementerian itu.