5 maut rumah anak yatim terbakar

5 maut rumah anak yatim terbakar

ISLAMABAD, 30 Sept – Lima kanak-kanak terbunuh dan enam yang lain cedera apabila api meletus di rumah anak yatim di Daerah Mirpur Khas di selatan Pakistan, lapor media tempatan hari ini.

Kebakaran berlaku di rumah anak yatim awam, Pakistan Sweet Homes, di kawasan Liaquat Daerah Mirpur Khas, sebuah daerah yang terletak di wilayah Sindh selatan negara itu, kata Berita Samaa.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai punca kebakaran kerana beberapa pegawai berkata, kebakaran tercetus akibat litar pintas dan yang lain pula berkata; seorang kanak-kanak menyembur minyak wangi pada semburan nyamuk yang menyebabkan kebakaran.

Ahli bomba dan pasukan penyelamat sampai ke tapak kemalangan di kawasan ini dan anak-anak yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.

Polis berkata, api meletus di bilik di mana terdapat 11 kanak-kanak. Siasatan lanjut ke dalam kemalangan sedang dibuat. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA