5 maut termasuk anak damit, rakit karam di Turki

5 maut termasuk anak damit, rakit karam di Turki

ANKARA, 10 Mac (AFP) – Kira-kira lima penghijrah termasuk seorang anak damit, mati lemas ketika mereka cuba untuk belayar dari Turki ke Greece, lapor agensi berita Dogan hari ini.

Rakit yang membawa penghijrah Afghanistan dan Iran ke pulau Lesbos, Greece, ditemui hanya 500 meter dari pantai Turki pada malam Rabu.

Para pengawal pantai Turki berjaya menyelamatkan sembilan penghijrah sementara dua lagi masih hilang.

Tragedi baru itu muncul ketika Kesatuan Eropah dan Turki sedang cuba untuk mengukuhkan perjanjian yang diusulkan untuk menamatkan krisis migrasi terburuk yang melanda benua itu sejak Perang Dunia Kedua.

Para pemimpin EU berharap untuk memuktamadkan perjanjian pada sidang kemuncak 17-18 Mac ini.

Turki telah menjadi landas pelancaran utama bagi para penghijrah yang melarikan diri daripada perang saudara lima tahun di Syria dalam mencari kehidupan lebih baik di Eropah.