5 maut wanita letupkan diri

5 maut wanita letupkan diri

YAOUNDE, 29 Nov (AFP) – Lima terbunuh dalam dua serangan pengebom nekad wanita di utara Cameroon, lapor pejabat gabenor wilayah hari ini.

“Dua wanita masing-masing meletupkan diri kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di Pekan Dabanga,” kata Gabenor Utara, Midjiyawa Bakary. “Angka kematian awal ialah tujuh orang termasuk dua pengebom wanita,” katanya.

Dua anggota tentera yang ditempatkan untuk memerangi Kumpulan Bola Haram di pekan itu juga parah. Midjiyawa berkata, pengebom pertama meletupkan diri di dalam sebuah rumah manakala pengebom kedua berdekatan kedai kimpalan.