5 menang 10 tempat terbaik

5 menang 10 tempat terbaik

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Lima orang peserta dari Negara Brunei Darussalam telah menduduki tempat 10 terbaik dalam Pertandingan Seni Suara Murai Batu Antarabangsa Daerah Beaufort yang berlangsung di Tapak Tamu Pekan Beaufort, kelmarin.

Dalam Kategori Burung Murai Batu Kepala Hitam, tempat kedua dimenangi oleh Awang Dahlan bin Haji Dullah daripada Persatuan WBPKL MBB, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Awang Ardini bin Haji Abdul Kadir yang juga daripada Persatuan WBPKL MBB, tempat ketujuh dimenangi oleh Awang Sufri bin Haji Nudin dari Persatuan Crazy Shama dan tempat kelapan dimenangi oleh Awang Shamirol bin Haji Sarbini daripada Persatuan Turus Pukat.

Sementara itu, Awang Zai dari Persatuan WBPKL MBB turut memenangi tempat ke-11 daripada 20 penyertaan terbaik dalam Kategori Murai Batu Kepala Putih.

Pertandingan itu disertai seramai 224 orang peserta, dengan 188 daripada mereka ialah peserta Kategori Murai Kepala Putih dan 36 lagi menyertai Kategori Murai Kepala Hitam.

Gambar ramai para pemenang pertandingan Seni Suara Murai Batu Antarabangsa dari Negara Brunei Darussalam.
Gambar ramai para pemenang pertandingan Seni Suara Murai Batu Antarabangsa dari Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA