5 menang hadiah Cabutan Bulanan KBSentral

5 menang hadiah Cabutan Bulanan KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT,1 Ogos – Lima pelanggan bertuah telah membawa pulang hadiah-hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah Bulanan Kompleks Membeli-belah KBSentral yang diadakan di atrium pusat membeli-belah berkenaan, malam tadi.

Cabutan nama-nama pemenang daripada 25 orang peserta telah dibuat oleh oleh Pengurus Pemasaran Pusat Membeli Belah KBSentral, Awang Anwar bin Rosly.

Hadiah pertama berupa pakej penginapan selama dua hari di Hotel Garden Sentral telah dimenangi oleh Dayang Rakeemah binti Haji Dollah, manakala itu, hadiah kedua berupa baucar membeli-belah Pasar Raya Hypermarket dan hadiah ketiga berupa barangan elektrik tajaan Beesket Store, masing-masing dimenangi oleh Awang Daud Bidin dan Zailane Abdullah.

Sementara itu, Dayang Jenny Azrina membawa pulang hadiah keempat berupa Sistem Speaker jenis Genius dan di tempat kelima, Haji Mizmazeri bin Kamis memenangi periuk nasi elektrik.

Para pemenang cabutan hadiah bertuah bergambar bersama Pengurus Pemasaran Kompleks Membeli Belah KBSentral, Awang Anwar Rosly yang telah membuat lima cabutan hadiah kali ini.
Para pemenang cabutan hadiah bertuah bergambar bersama Pengurus Pemasaran Kompleks Membeli Belah KBSentral, Awang Anwar Rosly yang telah membuat lima cabutan hadiah kali ini.

Cabutan bertuah bulanan ini yang merupakan salah satu inisiatif pusat tersebut untuk memberikan penghargaan kepada para pelanggannya, diadakan buat kali kedua dan telah diadakan sejak November tahun lalu.

Cabutan seterusnya akan diadakan pada bulan Ogos ini, dan orang ramai masih berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang disediakan termasuk sebuah kereta dengan hanya membeli-belah, menjamu selera atau menonton wayang di pusat membeli-belah tersebut.