5 nama bertuah promosi ‘The 5 Wonders’ diumumkan

5 nama bertuah promosi ‘The 5 Wonders’ diumumkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam, hari ini mengumumkan lima nama bertuah yang akan mengikuti Cabutan Akhir promosi ‘The 5 Wonders’ pada 8 Oktober ini di Bilik Pameran Jaguar Land Rover, Lambak Kanan. Mereka ialah Awang Nazmi bin Kamal, Awang Sulhi bin Haji Labok, Liang Muh Lan, Stephanie Tan dan Shahril Anwar Maawia.

Cabutan nama-nama berkenaan telah dibuat oleh Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong Foh Sen bersama Pengurus Eksekutif Kanan Jualan dan Unit Pembangunan Perniagaan Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Noormala Othman pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Jaguar Land Rover.

Kelima-lima mereka akan mencuba nasib bagi memenangi hadiah-hadiah istimewa yang terdiri daripada wang tunai $5,000, dua hadiah penginapan lima malam di hotel lima bintang di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, baucar petrol lima bulan dan aksesori Jaguar Land Rover bernilai $500.

Promosi The 5 Wonders, yang selaras dengan tawaran lima tahun perkhidmatan percuma, lima tahun bantuan Roadside percuma dan jaminan lima tahun bagi kesemua jenama Jaguar atau Land Rover itu telah berlangsung dari 1 Julai hingga 31 September lalu. Setiap pembelian semasa tawaran dijalankan itu layak menyertai cabutan tersebut.

Alfred Yong Foh Sen ketika mencabut undian nama pemenang yang akan menyertai cabutan akhir promosi ‘The 5 Wonders’ pada 8 Oktober.
Alfred Yong Foh Sen ketika mencabut undian nama pemenang yang akan menyertai cabutan akhir promosi ‘The 5 Wonders’ pada 8 Oktober.

ARTIKEL YANG SAMA